Monday, May 27, 2013

Sejenak di Lautan Merah

Kata kata pujanga
Kain yang putih jangan dikotorkan
Harus disimpan kemas rapi menjadi rahsia.
Andainya tersalah simpan akan menghitamkannya..
Setelah diselami keputihanan dan memahami isi pergertianan
Kita selami dan memerahkannya agar jelas keberaniannya.
Keberanian yang dibawa mengikut jalan kebenaran bukan keterlanjuran.
Belajar medalami isi pati Kain yang tekah diMERAHkan.
Baru mengerti jalan yang telus dan lurus.

Semerah Darah Sang Satria

Dari Tanah Arab aku datang
Menyusuli hingga ke Negara China
Menjalin kasih dan bercinta
Sehingga terbina sebuah Negara

Semangat juang tidak berhenti
membawa rahsia ilahi
Memgembara hingga ke Tanah yang Tinggi
Bagi mengabadikan Diri

Jalan bawah ke naik keatas
agar terus menjadi teras
Cahaya yang Putih membawa Kebenaran
Cahaya Merah mebawa Keberanian

Merah terang bak delima
Terus membawa Rahsia Ilahi
Hanya pada mereka yang mengerti
Apakah isi pati

MERAH yang dibawa biar lah yang sejati
Jangan diambil dijalan mati
Teruskan perjuangan untuk ilahi
Agar kita diberkati

Kain puith kain merah jangan salah mencorokan ia
Jangan pulak mendabik dada kerana dibalut kain ini
Kain yanh cantik lagi berseri
jangan kita mengotori

Perjuangan jangan berhenti
harus dibawa sehingga mati
bersedia untuk menghadapi
Segala yang dijanji pasti terjadi

Allah hu akhbar...
Perjalananku hanya pada MU..
Amanat yang diberikan akan ku jaga sehingga titisan darah ku yang terakhir
Ku berpegang pada janji
yang telah termenteri..

Berikan aku kekuatan
Bagi Menghadapi segala cabaran
Menyedia dan mengerakkan
Bagi menuju Jalan Cinta Abadi..

Putih menjadi Suram

Andainya setelah kamu diputihkan maka kamu ingin dimerahkan. Apakah kamu sudah betul betul diputihkan, Apakah yang kamu mengerti tentang perjuangan Putih ini. Tanya lah soalan pada mereka. Apakah matlamat PUTIH yang sebenar. Bisakah mereka menjawap soalan soalan ini. Hanya yang mereka ketahui hanyalah untuk mendapat ramai kawan dan bisa mempunyai kumpulan yang kuat. Ini kah yang dikatakan sebagai PUTIH. Apkah ini yang diberikan pada kita oleh orang orang terdahulu. 

Mereka mengaku diri mereka PUTIH tetapi adakah mereka menjalankan tanggungjawap mereka sebagai PUTIH yang sebenar. Sebagai Ahli Perjuangan Putih haruslah kita menjaga adab adab sebagai seorang muslim dimana wajib bagi kta menjaga AMAL MAKRUF NAHI MUNGKAR. Bukan lah melakukan perkara perkara yang dilarang oleh allah.

Adakah kita ini betul betul Seorang Perjuangan Putih, Sedangkan kita melakukan POW dikedai kedai game, Pub, rumah urut dan sebaginya, Inikalh yang dituntut didalam perjuangan. Halal kah pekerjaan ini. Kita Putih tapi menjalankan kerja kerja yang dilakukan oleh orang orang cina, yang mana mereka ini mengelar diri mereka sebagai TENTERA MERAH BUDDHA.

Mengapa kita yang PUTIH suci dan bersih melakukan kerja kerja yang dilakukan oleh orang orang kafir. Adakah kita berbangga dengan perjalanan mereka. MERAH mereka adakah merah yang sebenar, Ramai diantara kita suka menunjuk kan kehebatan kononnya kumpulan kita kuat dan kita ramai ahli. Kuatkah kita, berkuasa kah kita ganas ke kita sehingga boleh menakutkan orang lain. Tidakkah kita merasa takut dengan kuasa ALLAH YANG MAHA ESA, Bukankan Kuasanya lebih kuat, bukankah ALLAH lebih Hebat. Mengapa kita mendapik dada.

Inikah yang diminta semasa kita mula menjadi ahli baiiah. Renungkan semula janji yang telah dilafaskan oleh kita. Adakah ini yang kita janjikan. Pasti anda semua tau apa yang kamu lafaskan semasa itu. Jadi balik lah kita kejalan yang lurus. Jalan yang direhdoi oleh allah swt.

Perjuangan yang kita telah diamanahkan ini dalah satu perjaungan yang dituntut oleh Allah, Satu perjuangan yang akan dibangkitkan di Akhir zaman. Perjuangan ini tidak pernah putus dari zaman rasullulrah sehingga lah kehari ini. Kerana ini lah ia masih lagi segar dan bertamabh di Negara kita, Kita yang membentukkan menjadi satu perjuangan yang suci dan murni disisi allah, Perjuangan ini tidak harus dirosakan oleh sikap kita yang tamak, bongkak dan gila kuasa,

Jangan lah kita melakukan perkara mungkar. Takutkan lah ALLAH yang esa. Jadi lah seorang Perjuangan yang baik dan memahami erti perjuangan itu. Jangan melakukan perkara yang merosakan akidah kita sebagai sorang Islam, 

Bergaduh semasa sendiri adalah satu perkara yang tidak dituntut, Harus kita bersatu didalam kontek perjuangan. Andainya kita bersatu maka kita akan lebih kuat dan erat. Tiada musuh yang dapat menjatuhkan kita sebagai seorang Islam dan berbangsa MELAYU. Ini lah yang harus kita lakukan,

Sebagai Bangsa Melayu kita adalah satu bangsa yang sangat kuat dan hebat, Seandaikan kita semua bersatu hati akan digeruni oleh Musuh Musuh Islam dan Musuh Melayu. 

Bangkit lah kita. Sedar lah jangan lah kita bersengketa. Bersatu kita pasti Melayu akan menjadi Satu Bangsa yang dikenali oleh seluruh dunia. Bukan dihina seperti hari ini. Dengan pengangan Ahli Jemmah sudah cukup kuat bagi kita bersatu hati/

Renungkan lah

Suram Didalam Perjuangan

Salam,
Untuk semua anak bangsaku yang beragama Islam. Renungan seketika bagi melihat senario perjuangan hari ini.
Dulu satu ketika aku baru menceburkan diri didalam arena ini. Aku diberitau bahawasanya perjuangan yang diAmanahkan ini adalah demi Agama, Bangsa dan Tanah air ku. Aku berbangga dapat menjadi salah seorang Ahli. Dari hari ke hari aku belajar mendalami erti didalam perjuangan yang telah aku terima ini. Aku semankin dewasa didalam perjuangan. Sekarang ini sudah lebih 18 tahun aku didalam Jemaah.
Zaman berganti zaman, banyak perkara yang pelik berlaku. Ketika aku renungkan kembali dizaman aku dulu tidak ada perpecahan. Kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dimana juga kami berada walaupun kenal atau pun tidak apabila mengetahui bahawa kami dri satu aliran, terasa kasih dan sayang sesama jemaah bergitu kuat. Tiada ada perasaan buruk sangka sesama kami. Tiada pergaduhan.
Tapi kini sungguh berlainan. Pesanan Ayah Tua dahulu, andainya ada saudara saudara kamu inginkan pertolongan maka wajib bagi mu untuk membantu walaupun ketika itu kamu sedang lena dibuai mimpi indah. Bergitu lah pesanannya. Jaga pertalian perjaungan ini. Duit RM1 dibahagi dua andainya ada saudara saudara yang susah. Ia menjadi satu kewajipan pada kami untuk membantu.

Sekarang ni aku lihat terlalu banyak lambang dan majlis. Entah le dulu hanya ada 2 sahaja. Tapi x pe lah banyak mana pun tidak kisah. Asalkan kita tau asal kita dari Satu Amanah dan Perjuangan yang sama. Pak Tua berpesan" Jangan lah kami bergaduh sesama sendiri, jagalah pertalian yang telah diambil, ingatlah wahai anakku amat berat hukumnya andainya kau leka atau abai kan tanggungjawap ini." Kata kata Pak Tua yang masih ku ingat.

Tapi tu dulu, sekarang ni sudah banyak berubah. Pak Tua kami sorokkan agar tidak ada yang mengenali siapa PAK TUA dan disimpan di ladang tebu . Hanya pantun dan isyarat sahaja diberikan. Tapi hairan ini semuanya telah membuka   sendiri Siapa PAK TUA itu. Adakah Pak Tua harus dibogelkan dikhayalak ramai, Bukan kan ini satu amanat yang harus disimpan kukuh oleh setiap Jemaah. Atau PAK TUA yang baru ini tidak mengetahui ??? Mereka sendiri yang membuka diri sendiri.

Ini kah yang diturunkan pada kita dari dulu. Dari zaman Rasullurrah kita diamanahkan agar ia dirahsiakan. Harus dijaga perjuangan suci ni mengikut cara cara islam. Bukan dengan menunjuk nunjuk Kuasa yang ada, Ia sekarang ini seolah olah menjadi satu kebanggaan apa bila ia menjadi seorang PAK TUA, Aku menjadi binggung.

Aku melihat antara majlis majlis yang ada tidak sepahaman dan berbangga bangga dengan majlis masing masing, Menunding jari kononnya Majlis mereka yang terbaik dan majlis orang lain salah dan tidak betul.Tidak kah mereka sedar bahawa perjuangan ini mempunyai satu landasan yang sama dan mempunyai asal dri aliran yang serupa.

Mengapa perlu bergaduh atau salahkan sesama sendiri dri hal yang kecil. Menggunakan emosi untuk bertindak bukan mengguna akal dan buah pikiran. Apa perlu kah kita bergaduh dan bunuh membunuh sesama islam. Bukankah kah kita berjanji akan menjaga seluruh ahli keluarga dan harta bendanya. Tidakah kita takut dengan LAKNAT ALLAH kerana memungkiri janji yang kita lafaskan.

Sedarlah kenapa kita dipilih menjadi Ahli Jemaah. Adakah kerana kita Kuat, kAya atau sebagainya. Kerana kita telah dipilih oleh allah untuk membawa kebaikkan bukan keburukan. Tetapi didalam perjalanan membentuk ummah kita lupa dan alpa dengan seronokan memukul dan menunding jari pada orang lain yang kononnya kita KUAT, Sedarlah wahai saudara saudaraKU Allah lebih kuat dari kita.

Maaf andainya tulisan ku ini ada yang tersinggung. Tetapi kerana aku sayangkan perjuangan ini.
Pesanan ABg ku dulu masih ku ingta" Didalam kamu mencari cari kebenaran kamu akan melihat Kepalsuan. Jangan kamu kecewa. Berpegang lah pada tali yang telah kamu miliki. Kerana ia tidak pernah salah, perjuangan ini suci dan bersih hanya manusia sahaja yang membawanya mmebuat ianya kotor dan jijik. Tetapi itu hanya segenlintir mereka. Jangan kamu lalai wahai adikKU" itu lah pesananya pada aku. sehingga kita aku masih memegangnya.

- Long Waa-