Salam,
Untuk semua anak bangsaku yang beragama Islam. Renungan seketika bagi melihat senario perjuangan hari ini.
Dulu satu ketika aku baru menceburkan diri didalam arena ini. Aku diberitau bahawasanya perjuangan yang diAmanahkan ini adalah demi Agama, Bangsa dan Tanah air ku. Aku berbangga dapat menjadi salah seorang Ahli. Dari hari ke hari aku belajar mendalami erti didalam perjuangan yang telah aku terima ini. Aku semankin dewasa didalam perjuangan. Sekarang ini sudah lebih 18 tahun aku didalam Jemaah.
Zaman berganti zaman, banyak perkara yang pelik berlaku. Ketika aku renungkan kembali dizaman aku dulu tidak ada perpecahan. Kami saling sayang menyayangi antara satu sama lain. Dimana juga kami berada walaupun kenal atau pun tidak apabila mengetahui bahawa kami dri satu aliran, terasa kasih dan sayang sesama jemaah bergitu kuat. Tiada ada perasaan buruk sangka sesama kami. Tiada pergaduhan.
Tapi kini sungguh berlainan. Pesanan Ayah Tua dahulu, andainya ada saudara saudara kamu inginkan pertolongan maka wajib bagi mu untuk membantu walaupun ketika itu kamu sedang lena dibuai mimpi indah. Bergitu lah pesanannya. Jaga pertalian perjaungan ini. Duit RM1 dibahagi dua andainya ada saudara saudara yang susah. Ia menjadi satu kewajipan pada kami untuk membantu.
Sekarang ni aku lihat terlalu banyak lambang dan majlis. Entah le dulu hanya ada 2 sahaja. Tapi x pe lah banyak mana pun tidak kisah. Asalkan kita tau asal kita dari Satu Amanah dan Perjuangan yang sama. Pak Tua berpesan" Jangan lah kami bergaduh sesama sendiri, jagalah pertalian yang telah diambil, ingatlah wahai anakku amat berat hukumnya andainya kau leka atau abai kan tanggungjawap ini." Kata kata Pak Tua yang masih ku ingat.
Tapi tu dulu, sekarang ni sudah banyak berubah. Pak Tua kami sorokkan agar tidak ada yang mengenali siapa PAK TUA dan disimpan di ladang tebu . Hanya pantun dan isyarat sahaja diberikan. Tapi hairan ini semuanya telah membuka sendiri Siapa PAK TUA itu. Adakah Pak Tua harus dibogelkan dikhayalak ramai, Bukan kan ini satu amanat yang harus disimpan kukuh oleh setiap Jemaah. Atau PAK TUA yang baru ini tidak mengetahui ??? Mereka sendiri yang membuka diri sendiri.
Ini kah yang diturunkan pada kita dari dulu. Dari zaman Rasullurrah kita diamanahkan agar ia dirahsiakan. Harus dijaga perjuangan suci ni mengikut cara cara islam. Bukan dengan menunjuk nunjuk Kuasa yang ada, Ia sekarang ini seolah olah menjadi satu kebanggaan apa bila ia menjadi seorang PAK TUA, Aku menjadi binggung.
Aku melihat antara majlis majlis yang ada tidak sepahaman dan berbangga bangga dengan majlis masing masing, Menunding jari kononnya Majlis mereka yang terbaik dan majlis orang lain salah dan tidak betul.Tidak kah mereka sedar bahawa perjuangan ini mempunyai satu landasan yang sama dan mempunyai asal dri aliran yang serupa.
Mengapa perlu bergaduh atau salahkan sesama sendiri dri hal yang kecil. Menggunakan emosi untuk bertindak bukan mengguna akal dan buah pikiran. Apa perlu kah kita bergaduh dan bunuh membunuh sesama islam. Bukankah kah kita berjanji akan menjaga seluruh ahli keluarga dan harta bendanya. Tidakah kita takut dengan LAKNAT ALLAH kerana memungkiri janji yang kita lafaskan.
Sedarlah kenapa kita dipilih menjadi Ahli Jemaah. Adakah kerana kita Kuat, kAya atau sebagainya. Kerana kita telah dipilih oleh allah untuk membawa kebaikkan bukan keburukan. Tetapi didalam perjalanan membentuk ummah kita lupa dan alpa dengan seronokan memukul dan menunding jari pada orang lain yang kononnya kita KUAT, Sedarlah wahai saudara saudaraKU Allah lebih kuat dari kita.
Maaf andainya tulisan ku ini ada yang tersinggung. Tetapi kerana aku sayangkan perjuangan ini.
Pesanan ABg ku dulu masih ku ingta" Didalam kamu mencari cari kebenaran kamu akan melihat Kepalsuan. Jangan kamu kecewa. Berpegang lah pada tali yang telah kamu miliki. Kerana ia tidak pernah salah, perjuangan ini suci dan bersih hanya manusia sahaja yang membawanya mmebuat ianya kotor dan jijik. Tetapi itu hanya segenlintir mereka. Jangan kamu lalai wahai adikKU" itu lah pesananya pada aku. sehingga kita aku masih memegangnya.
- Long Waa-
No comments:
Post a Comment